Tuesday 5 February 2013

Sedekah Sayyidatina 'Aishah r.anha


     Suatu ketika Sayyidatina 'Aishah r.anha telah diberi dua guni yang penuh berisi wang dirham. di dalam guni-guni itu terdapat wang yang berjumlah lebih seratus ribu dirham. Sayyidatina 'Aishah r.anha telah meminta mangkuk. Mangkuk-mangkuk itu telah diisi dengan dirham dan mulalah beliau membahagi-bahagikan wang itu sehingga petang. Kesemua wang itu telah habis dibahagikan sehingga tidak meninggalkan satu dirham pun. Sedangkan pada hari itu beliau sedang berpuasa. Ketika tiba waktu berbuka puasa beliau memberitahu orang suruhannya," bawalah apa-apa untukku berbuka puasa."

     Orang suruhannya telah membawa sepotong roti dan minyak zaitun sambil berkata," bagus sekali jika dapat membeli daging dengan satu dirham kerana kita dapat berbuka puasa dengan daging."

     Beliau berkata," apa faedahnya?Sekarang baru engkau hendak membebel. Sekiranya engkau ingatkan saya terlebih dahulu sudah pasti saya membelikan daging itu." ( Takzkiratul-Huffaz )


Keterangan

     Sayyidatina 'Aishah r.anha biasanya menerima hadiah seumpama itu daripada Sayyidatina Amir Mu' awiyah r.anhu, Sayyidatina 'Abdullah bin Zubair r.anhu dan beberapa orang sahabat yang lain. Oleh kerana zaman itu ialah zaman kemenangan demi kemenangan, rumah-rumah dipenuhi dengan wang emas seumpama biji-bijian. Namun demikian, beliau masih menjalani satu kehidupan yang begitu ringkas dan terlalu sederhana, sehingga beliau sendiri terpaksa diperingatkan mengenai keperluan makanan untuk berbuka puasa. walaupun beliau telah membahagi-bahagikan wang sebanyak seratus ribu dirham tetapi sedikit pun beliau tidak teringat bahawa dirinya sedang berpuasa dan memerlukan wang untuk membeli daging.

     Kisah seumpama ini telah menjadi begitu asing bagi kita pada zaman ini sehingga kebenaran kisah seumpama ini mula diragui oleh orang ramai. Namun, kehidupan yang umum pada zaman itu malah ratusan peristiwa seumpama itu tidak sedikitpun menghairankan bagi mereka yang berpengatahuan tentang sejarah para sahabat r.anhuma. Malah ada banyak kisah tentang Sayyidatina 'Aisyah r.anha sendiri yang hampir sama dengan peristiwa ini.

     Pada suatu hari beliau sedang berpuasa dan tidak ada sesuatu pun di rumah kecuali sepotong roti. Seorang fakir telah datang dan meminta makanan lalu beliau menyuruh orang suruhannya memberikan roti itu kepada orang fakir tersebut. Orang suruhannya berkata," Untuk berbuka nanti tiada apa-apa makanan di rumah."

     Beliau berkat," Apakah salahnya? Berikan kepingan roti tersebut kepadanya." Maka orang suruhannya itu telah memberikan roti itu. ( Muwatto' ) 

     Suatu ketika beliau membunuh seekor ular. Beliau melihat dalam mimpinya ada orang memberitahunya bahawa," Kamu telah membunuh seorang islam."
     Sebagai jawapan Sayyidatina 'Aishah r.anha berkata," Sekiranya dia seorang Islam pasti dia tidak akan masuk ke rumah isteri-isteri Rasulullah SAW."

     Orang tadi menjawab bahawa orang itu masuk dengan memakai hijab. Beliau lantas terjaga daripada tidurnya dan telah menyedekahkan dua belas ribu dirham sebagai tebusan ( diat ) kerana menumpahkan darah seorang Islam.

     Sayyidatina 'Urwah r.anhu berkata," Suatu ketika saya lihat Sayyidatina 'Aishah r.anha bersedekah tujuh puluh ribu dirham sedangkan beliau sendiri memakai pakaian bertampun." ( Tobaqat )

Petikan asal: Hikayatus Sahabah oleh Sheikh Zakaria Kandahlawi

1 comment: