Ilustrasi Pelukis: Al-Biruni
Dua langkah penting dalam pengiraan Radius
bumi. Pertama, Biruni memilih sebuah gunung dan mengukur ketinggiannya. Untuk mengukur ketinggian gunung,
sudut α dan β perlu diketahui. Sudut ini diukur dengan menggunakan astrolabe
(atau clinometer).
Rajah
1: Mengukur ketinggian gunung
Apabila sudut α dan β,
dan jarak d
diketahui seperti
dalam Rajah 1, maka kita boleh menentukan ketinggian gunung dengan formula
berikut
Formula 1: Mengira ketinggian
Untuk mengukur Radius bumi, sudut θ perlu diketahui. Biruni telah memanjat gunung dan menggunakan sejenis
alat yang dikenali sebagai astrolabe (alat pengukur sudut) untuk mengukur sudut
tersebut.
Rajah
2: Mengukur jejari bumi
Akhirnya Radius dikira melalui formula
berikut
Formula 2: Mengira Radius, r
Dalam abad ke-10, panjang Radius bumi yang
diperolehi Biruni adalah 6339,6 km, yang begitu hampir dengan Radius di
bahagian khatulistiwa iaitu 6378 km berdasarkan pengiraan moden.
No comments:
Post a Comment